← Back

PUNCAK EMAS INFRA SDN BHD DI KARNIVAL MESRA ANAK MUDA (KAMU) 2025

Date :

Puncak Emas Infra Sdn Bhd berbesar hati menyertai Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 pada 21 September sebagai Rakan Strategik, dalam menjayakan usaha Kerajaan Negeri memperkasa golongan belia melalui pembangunan bakat, kerjaya dan kemahiran.

Majlis kemuncak KAMU 2025 telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak, yang turut meluangkan masa meninjau gerai-gerai vendor serta pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang program. Turut hadir ialah barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, serta Ketua-ketua Jabatan Negeri.

Sebagai penghargaan, Puncak Emas telah menerima Plak Penghargaan sebagai Rakan Strategik KAMU 2025 daripada pihak penganjur yang telah diserahkan kepada Pengurus Besar Puncak Emas Infa Sdn Bhd, Tuan Ir. Saiful Azzuan bin Aznam.

Semoga usaha berterusan ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk anak muda Perak melangkah lebih jauh dalam kerjaya dan pembangunan diri, seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negeri dan negara.

#PuncakEmasInfra #KAMU2025 #RakanStrategik #BeliaPerak