Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Kinta Tahun 2025 bagi Mukim Hulu Kinta , Tanjung Rambutan dan Lahat serta Mukim Sg Terap. telah berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober 2025 dengan kerjasama Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kinta, LPPKN, serta Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Jamilah binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak). Turut hadir YBrs. Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak; YBrs. Puan Laila Mazwin binti Zakaria, Ketua Penolong Pegawai Daerah PDT Kinta; YBrs. Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh; YBrs. Dr. Mohd Sani bin Kamaruddin, Penghulu Besar Negeri Perak; wakil-wakil ketua jabatan negeri dan persekutuan; serta guru-guru pengiring.
Program OSC tahun ini memberi tumpuan kepada usaha pembasmian kemiskinan secara menyeluruh, bukan sahaja dari segi ekonomi, malah turut menekankan aspek sikap, minda dan semangat kekeluargaan agar golongan sasar dapat bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Antara objektif utama program ini ialah menghimpunkan pelajar sekolah yang berisiko tercicir serta peserta eKasih berstatus miskin dan miskin tegar ke dalam satu platform pemulihan diri serta pemadanan peluang bantuan dan pekerjaan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan swasta.
Sebagai tanda sokongan penuh terhadap usaha membasmi kemiskinan dan memperkasakan komuniti setempat, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd., dengan kerjasama Pejabat Parlimen Tambun, telah tampil menyokong pelaksanaan program ini melalui sumbangan sebanyak 250 pek makanan asas kepada golongan asnaf dan B40 di kawasan terlibat.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Puncak Emas Infra Sdn. Bhd., Encik Ahmad Fauzan, selaku Pengurus Operasi, kepada para penerima semasa majlis penutup. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Puncak Emas Infra dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya bagi memastikan para pelajar tidak berdepan dengan kekurangan makanan agar mereka dapat terus fokus menimba ilmu dan mencapai kejayaan di sekolah.
Program dua hari ini turut diisi dengan pelbagai slot bimbingan motivasi, kaunseling keluarga, ceramah kesihatan dan kesejahteraan sosial, serta sesi padanan peluang kerjaya bersama agensi-agensi terlibat. Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam membina masyarakat







