โ† Back

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง: ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐ž๐ค ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ญ๐š๐ค ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ

Date :

Alhamdulillah, Program Malaysia Madani Prihatin berjaya dilaksanakan!

Program Penyerahan Sumbangan Kotak Makanan Asnaf telah berlangsung dengan penuh bermakna pada 8 September 2025 (Isnin) di Dewan Taman Kledang Jaya, Manjoi Ipoh.

Turut hadir, barisan pegawai Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan dirasmikan oleh wakil Pejabat Parlimen Tambun. Sebanyak 100 pek kotak makanan telah disumbangkan kepada golongan asnaf yang layak. Selain itu, penyerahan secara rumah ke rumah juga turut dilaksanakan bagi menyantuni dan mendekati mereka yang tidak berkemampuan.

Semoga usaha murni ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini!

#MalaysiaMADANI #PrihatinBersama #SumbanganAsnaf #PuncakEmasInfra #ParlimenTambun