Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. berbesar hati menjadi sebahagian daripada Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Kinta Tahun 2026 yang telah berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Cempaka Sari.
Program ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik dalam usaha memperkukuh kesejahteraan sosial masyarakat serta membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai bentuk sokongan dan bantuan.
Sebagai tanda komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. telah menyumbangkan sebanyak 150 kotak makanan kepada 150 keluarga asnaf dan golongan B40 yang terlibat dalam program ini. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penerima serta membantu memenuhi keperluan harian mereka.
Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. akan terus komited dalam menyokong inisiatif pembangunan komuniti dan kebajikan masyarakat demi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera dan inklusif untuk semua.
#PuncakEmasInfra#CSR#OSCSejahteraSosial2026#DaerahKinta#KomunitiSejahtera#PrihatinBersamaMasyarakat




