PROGRAM KORBAN PERDANA PEISB 1447H/2026

Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) telah menganjurkan Program Korban Perdana PEISB 1447H/2026 dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Gate.

Program yang berlangsung pada 8.00 pagi di perkarangan Masjid Al-Khairiah itu berjaya menyempurnakan ibadah korban melibatkan sembilan ekor lembu. Daripada jumlah tersebut, empat ekor merupakan sumbangan Pengurusan Tertinggi PEISB, manakala lima ekor lagi disumbangkan oleh PEISB menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat kakitangan terpilih, anak yatim dan golongan asnaf.

Selain itu, PEISB turut menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu bagi pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri Perak pada tahun ini sebagai usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat dan berkongsi rezeki.

PEISB merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amalan dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.