Pada 12 Jun 2026, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Jalan Pintas Bukit Pasir, Muar, Johor.
Lawatan tersebut bertujuan memantau kemajuan kerja di lapangan serta memastikan kualiti pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan.
Turut hadir menyantuni YB Timbalan Menteri mewakili Kumpulan Bujang Holdings Sdn. Bhd. – Engineering & Construction Division (BHEC) melalui anak syarikat Persico (M) Sdn Bhd:
1. Ir. Ts. Saiful Azzuan Bin Aznam – Pengurus Besar BHEC
2. En. Shahrizan Sharain Bin Muhammad – Pengurus Wilayah Selatan
3. En. Muhamad Azrul Bin Abd Kadir – Pengurus Projek, Persico
Pihak BHEC komited melaksanakan tanggungjawab bagi menyiapkan infrastruktur berkualiti untuk rakyat, serta memastikan pembinaan projek mematuhi spesifikasi kontrak, tempoh masa dan aspek keselamatan yang ditetapkan.




