LAWATAN TEKNIKAL DAN PENANDAARASAN KE FASILITI PENGELUARAN DURA TECHNOLOGY SDN. BHD.

Pada 16 Jun 2026, pasukan daripada BH Ronda Sdn Bhd, sebuah anak syarikat di bawah kumpulan Bujang Holdings – Engineering & Construction Division (BHEC), telah mengadakan lawatan teknikal ke kilang precast concrete terkemuka iaitu Dura Technology Sdn. Bhd. di Chemor, Perak.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor serta pasukan perunding projek bagi meninjau secara langsung proses pembuatan elemen struktur precast concrete berteknologi tinggi yang akan digunakan dalam pembinaan jambatan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat, Johor.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat teknikal berkenaan teknologi Ultra-High Performance Concrete (UHPC/UHPFRC), termasuk demonstrasi proses pengeluaran, ujian mampatan (compression test), ujian tegangan (tensile test), serta pemeriksaan kualiti komponen precast concrete yang dihasilkan di kilang tersebut.

Antara komponen utama yang bakal digunakan bagi projek ini adalah Precast Prestressed Pre-Tensioned Main Beam yang akan merentasi Sungai Simpang Kiri sepanjang 80 meter lebar. Penggunaan teknologi UHPC membolehkan penghasilan struktur yang mempunyai:

✅ Kekuatan mampatan yang sangat tinggi

✅ Ketahanan unggul terhadap persekitaran agresif dan kakisan

✅ Jangka hayat struktur yang lebih panjang

✅ Pengurangan saiz komponen tanpa menjejaskan kapasiti beban

✅ Tempoh pembinaan yang lebih pantas melalui kaedah

Industrialised Building System (IBS)

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses semakan teknikal dan jaminan kualiti (Quality Assurance) bagi memastikan setiap komponen yang dibekalkan memenuhi spesifikasi reka bentuk, keperluan kontrak dan piawaian kejuruteraan yang ditetapkan.

Kami BHEC sentiasa komited untuk mengadaptasi teknologi pembinaan terkini dan amalan kejuruteraan terbaik dalam memastikan penyampaian projek infrastruktur yang berkualiti, mampan dan berdaya tahan untuk manfaat masyarakat.

#BujangHoldings #EngineeringAndConstructionDivision #BHEC #BHRonda #JPS #RTB

#DuraTechnology #PrecastTechnology #EngineeringExcellence #QualityAssurance