𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐑𝐚𝐩𝐚𝐭 & 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐋𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠
29 Februari – Siri Jelajah Program CSR ‘Back to School’ PEISB 2024 diteruskan dengan dua lagi lokasi pilihan pengagihan iaitu di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Sungai Rapat & Kampung Orang Asli Lalang. 100 sumbangan telah diberikan kepada pelajar sekolah dibawah kolaborasi bersama Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK).
Muhammad Hamzah bin Dato’ Hamdan selaku Presiden KBGK turut meluahkan rasa bersyukur dengan kolaborasi program CSR: Back to School bagi tahun keempat bersama PEISB. Ini kerana ia dapat mewujudkan kemudahan bantuan set kelengkapan persekolahan kepada anak-anak Perak agar lebih berjaya dalam pendidikan dan dalam kehidupan.
Program ini telah dirasmikan oleh Muhammad Hamzah bin Dato’ Hamdan – Presiden ke-38 KBGK , Mohd Azham Bin Azmi (Pengurus Seksyen Ipoh), Syahrul Khairy Bin Ahmad Fauzi (Pengurus Seksyen Batu Gajah & Perak Tengah).
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Dan jutaan terima kasih juga kepada pihak Suara Kini kerana telah membuat liputan mengenai program ini.




