Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) dengan berbesar hati telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyerahan lima (5) unit kerusi kepada Kolam Rekreasi Taman Perak, Kampar pada 4 November 2025.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PEISB dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memperkukuh hubungan baik bersama pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada pengunjung dan komuniti sekitar. ![]()
#PuncakEmasInfra#CSR#TanggungjawabSosialKorporat#KomunitiSejahtera#Kampar




