Khamis | 5 Mac 2026
Dewan Orang Ramai Kg Merawan Indah | Bazar Ramadan Bandar Pulai Jaya
Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kg Merawan Indah telah berjalan dengan jayanya.
Program ini diadakan sebagai persiapan untuk edaran bubur lambuk kepada penduduk masyarakat sekitar serta pengunjung Bazar Ramadan Bandar Pulai Jaya sebelum waktu berbuka puasa.
Edaran ini telah disempurnakan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching (ADUN Teja), YB Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng) dan Tn. Mohamad Razif (YDP MD Batu Gajah) sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan berganding bahu memastikan gotong-royong ini berjalan dengan lancar serta penuh kemeriahan.
Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan ini terus subur dalam kalangan kita, dan inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang untuk kita saling membantu dan berkongsi rezeki.





