PROGRAM SUMBANGAN BUAH LIMAU SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025 DUN TEJA

21hb Januari 2025 – Puncak Emas Infra Sdn Bhd telah bekerjasama dalam menjayakan Program Sumbangan Buah Limau bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025 bersama YB Sandrea dan YB Tan Kar Hing dari Dun Teja bertempat di sekitar Pasar Awam Kg Baru Lawan Kuda Perak, Pekan Gopeng, Perak.

PEISB telah memberi sumbangan 200 kotak buah limau kepada program ini sebagai tanda sokongan dan tanggungjawab sosial korporat kami. Pemberian sumbangan ini kepada orang ramai bertujuan untuk menyokong program yang memberikan manfaat kepada komuniti dan membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar serta memupuk masyarakat yang harmoni dan muhibbah tanpa mengira kaum dan agama. Serta memperkukuhkan hubungan baik antara Puncak Emas Infra Sdn Bhd dengan komuniti setempat.

#SelamatTahunBaruCina2025#GongXiFaCai

#PEISBersamaKomuniti#PEISBKomited